KUALA LUMPUR 17 Mei – Kenyataan Presiden Majlis Peguam, George Varughese yang mendesak agar Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Peguam Negara meletakkan jawatan disifatkan oleh Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) sebagai subjudis. Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, kenyataan seperti itu juga tidak harus dikeluarkan oleh Majlis Peguam lebih-lebih lagi jika tidak memperoleh persetujuan semua ahli-ahli Majlis Peguam sebelum kenyataan tersebut dikeluarkan. “Kenyataan Presiden Majlis tersebut…










