PPRPD Kontinjen KL rai anak yatim - Utusan Malaysia

PPRPD Kontinjen KL rai anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK 31 Mei – Buat julung-julung kalinya, Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) Kontinjen Kuala Lumpur semalam, menganjurkan program ziarah kasih bertempat di Rumah Anak-Anak Yatim Dar Asnaf Al Fatih di sini.

Matlamat program adalah untuk memberi sumbangan serta meraikan anak-anak yatim dan anak-anak asnaf di kawasan ini, sekali gus menjalin pemuafakatan dalam kalangan ahli persatuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia terjalin.

Pengerusi persatuan, Sub Inspektor Ayub Shafii berkata, pemilihan lokasi program di rumah anak yatim itu sendiri berbanding penganjuran di hotel bertujuan memberi peluang secara tidak langsung kepada ahli-ahli persatuan untuk merasai suasana di rumah anak-anak yatim tersebut.

“Program ziarah kasih yang dianjurkan PPRPD Kontinjen Kuala Lumpur ini  diharap dapat memberi keceriaan kepada anak-anak ini. Kita harap program sebegini dapat diteruskan hingga ke tahun-tahun hadapan dengan penyertaan lebih banyak badan-badan korporat atau orang perseorangan yang sudi menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban yang ditanggung mereka yang kurang bernasib baik,” katanya. Hadir sama pengasas Rumah Anak-Anak Yatim Dar Asnaf Al Fatih, Ustaz Mokhtaruddin Mohd. Said.

Dalam program itu, artis hiburan tanah air seperti pelakon Zhalif Sidek serta Datin Seri Ira Ghani turut hadir menyerikan suasana.

Program yang dimulakan dengan persembahan qasidah dan nyanyian berbakat oleh adik Ali membawakan lagu-lagu berbentuk nasihat. Program di teruskan dengan pemberian sumbangan derma ikhlas daripada PPRPD Kontinjen Kuala Lumpur bagi membantu anak-anak ini meraikan hari lebaran yang akan menjelang tiba.

Program kemudiannya disusuli dengan tazkirah yang di sampaikan oleh Ustaz Johani Ibrahim sebelum diteruskan dengan jamuan berbuka puasa, solat maghrib dan isyak serta solat terawih berjemaah.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN