KUALA TERENGGANU 24 Mei – Walaupun PPBM sebagai sebuah parti baharu belum dapat diterima oleh rakyat negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) namun kemenangan Pakatan Harapan di peringkat Pusat mulai mengubah persepsi terhadap parti itu. Pengerusi PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris menjelaskan ramai yang mula memperlihatkan keinginan secara terbuka untuk bersama membantu memperkukuhkan PPBM malah jumlah keahlian di negeri ini dijangka melonjak kepada 6,000 orang sehingga penghujung tahun…










