DALAM ucapan awalnya sewaktu dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR menyentuh soal ‘kasih sayang’ dan tentunya berkaitan soal ‘persaudaraan’ dalam mencorak masa depan negeri dengan slogan: Maju Berkat Sejahtera. Kasih sayang, perkataan yang tidak kedengaran disebut oleh mana-mana pemimpin Pas selama ini dalam politik dan pentadbiran, diselit tentang usahanya mengemudikan negeri sekali gus diharap dapat mengikis sisa fahaman politik keterlaluan yang memisah hubungan sesama rakyat…










