KUALA LUMPUR 22 Mei – Polis menahan 17 remaja manakala 16 lagi masih diburu berhubung kematian seorang pemuda yang dibelasah hingga mati berhampiran sebuah restoran makanan segera di Taman Melati, di sini kelmarin. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 17 hingga 20 tahun dan tiga daripadanya merupakan perempuan. “Dua daripada mereka didapati positif dadah dan mereka ditahan reman bermula kelmarin hingga Sabtu…










