KUALA LUMPUR 17 Mei – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak bersetuju dengan tindakan polis yang menggeledah rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada waktu yang tidak sesuai. Ini kerana katanya, sebarang tuduhan, siasatan perlu dilakukan dengan bijak. Malah, beliau memohon polis sentiasa menerapkan prinsip keadilan dan berhemah dalam melakukan siasatan. “Sebagai bekas mangsa geledah polis pada awal subuh, saya mesti menyatakan rasa tidak bersetuju ini…










