TIDAK pernah dalam sejarah, rakyat Malaysia dihidangkan pelbagai berita sensasi berkisar isu politik negara setiap hari tanpa henti sejak 9 Mei lalu. Dalam kesibukan kerajaan Malaysia baharu ini memulakan tatihnya dengan membongkar skandal, menilai polisi tertentu, pasti timbul isu-isu utama yang perlu diperdebatkan sebelum sesebuah dasar baharu dibentuk. Penulis cuba mengulas ‘nakal’ persoalan tidak pernah berbangkit sebelum ini secara seimbang yang menyentuh soal berkaitan rakyat teramai. Mengambil contoh harga tuna…