KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebentar tadi mengumumkan barisan tiga kementerian utama di bawah pentadbirannya.
Berikut ialah nama-nama yang akan mengetuai tiga kementerian berkenaan:
Kementerian Kewangan – Lim Guan Eng
Kementerian Dalam Negeri – Tan Sri Muhyiddin Yassin
Kementerian Pertahanan – Mohamad Sabu
Menurut Dr. Mahathir, nama tujuh lagi yang bakal menerajui kementerian-kementerian lain belum diputuskan.
Sementara itu, Mahathir akan menubuhkan Majlis Penasihat bagi merangka kertas kerja Kabinet baharu yang dianggotai Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri Hassan Merican dan Prof.Dr. Jomo K.Sundaram. – K! ONLINE










