KUALA LUMPUR 18 Mei – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan senarai Kabinet mengandungi 13 Kementerian yang akan mengangkat sumpah pada Isnin depan.
Senarai 13 Menteri itu diumumkan menerusi siaran akhbar yang dimuat naik di akaun Facebook Perdana Menteri, hari ini.
Jelas kenyataan itu, Perdana Menteri telah diterima mengadap oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada pukul 5 petang tadi untuk menyerahkan senarai nama Ahli-ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Menteri.
Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan kepada nama-nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada hari Isnin depan pada pukul 11.30 pagi di Istana Negara.
Senarai Kabinet
PERDANA MENTERI – Tun Dr. Mahathir Mohamad
TIMBALAN PERDANA MENTERI – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
PPBM
Menteri Dalam Negeri – Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)
Menteri Pendidikan – Dr. Maszlee Malik (Simpang Renggam)
Menteri Pembangunan Luar Bandar – Rina Harun (Titiwangsa)
PKR
Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Pandan)
Menteri Hal Ehwal Ekonomi – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak)
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)
DAP
Menteri Kewangan – Lim Guan Eng (Bagan)
Menteri Pengangkutan – Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
Menteri Komunikasi dan Multimedia – Gobind Singh Deo (Puchong)
Menteri Tenaga Manusia – M. Kulasegaran (Ipoh Barat)
Pan
Menteri Pertahanan – Mohamad Sabu (Kota Raja)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani – Salahuddin Ayub (Pulai)
Menteri Kesihatan – Dr. Haji Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)
UTUSAN ONLINE










