KUALA LUMPUR 12 Mei – Perdana Menteri Britain, Theresa May menzahirkan ucapan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh. Dalam catatan Twitter rasmi Perdana Menteri Britain, beliau berkata: “Tahniah saya kepada Dr. Mahathir@chedetofficial atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. “Ini adalah keputusan bersejarah dan saya tidak sabar untuk membina hubungan dua hala yang kukuh,” menurut catatan tersebut. Dr Mahathir yang memimpin Pakatan harapan (PH),…










