PUTRAJAYA 30 Mei – Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung pertandingan bola sepak Piala Dunia FIFA 2018 secara percuma, demikian diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet di Perdana Putra di sini, Gobind berkata perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini. “Ya, kami membincangkannya dan Kabinet bersetuju bahawa kami akan menyiarkan Piala Dunia secara langsung melalui RTM1.…











