PH Negeri Sembilan tunggu makluman lanjut untuk menghadap Tuanku Muhriz - Utusan Malaysia

PH Negeri Sembilan tunggu makluman lanjut untuk menghadap Tuanku Muhriz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 10 Mei- Pakatan Harapan (PH) sedang menunggu makluman lanjut daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mat Ali Hassan yang difahamkan akan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tengah hari ini berkenaan acara mengangkat sumpah menteri besar.

Timbalan Ketua Penerangan PH Negeri Sembilan Mokhtar Ahmad dalam satu kenyataan berkata sebaik dimaklumkan, pihaknya akan segera memaklumkan kepada media tentang apa yang berlaku hari ini.

“Kita sedang menunggu dan mendapatkan makluman seterusnya dan selepas mengetahuinya, kami akan maklumkan kepada rakan-rakan media sesegera yang boleh tentang apa yang berlaku hari ini, khususnya mengenai pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan,” katanya.

PH buat pertama kalinya membentuk kerajaan di Negeri Sembilan selepas memperoleh majoriti mudah 20 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Baki 16 kerusi dikuasai Barisan Nasional (BN). – BERNAMA

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×