KUALA LUMPUR 18 Mei – Para petugas media mula memenuhi ruang bahu jalan di persimpangan Jalan Langgak Duta di Jalan Taman Duta hari ini.
Namun, ada petugas yang tiba sejak awal pagi tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini operasi penggeledahan yang berjalan serentak di keenam-enam premis bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk pejabat dan kediaman rasminya dahulu di Putrajaya, kediaman di Langgak Duta dan unit kondominium di Pavilion Residences.
Sementara itu, pihak polis masih mengawal ketat keselamatan di sini bagi memastikan operasi penggeledahan berjalan lancar.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan operasi dijalankan bertujuan untuk mencari bukti berkaitan skandal 1Malaysia Devel Development Berhad (1MDB).
Beliau juga memberitahu, operasi penggeledahan yang bermula sejak pukul 10 malam semalam di keenam-enam premis berkenaan akan dihentikan apabila arahan untuk berbuat demikian diterima. – UTUSAN ONLINE










