Petronas Dagangan perluas projek air bersih - Utusan Malaysia

Petronas Dagangan perluas projek air bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 14 Mei – Petronas Dagangan Bhd. (PDB) hari ini memperluaskan jaringan program ‘Water For Life’ ke Kampung Simpang Tiga, Pengkalan Chepa dalam usaha untuk memastikan masyarakat di sekitar kawasan operasi syarikat multinasional itu mendapat perkhidmatan air bersih.

Naib Presiden Pemasaran, Perniagaan Hiliran Petronas, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, program tersebut merupakan salah satu daripada program di bawah tanggungjawab sosial syarikat.

Beliau berkata, menerusi program itu, PDB bersama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Jabatan Alam Sekitar dan Air Kelantan Sdn. Bhd. telah memasang tangki air berkapasiti 750 liter dan 1500 liter untuk 39 buah rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setelah memahami cabaran yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Simpang Tiga, kami merasakan program ini perlu diperluaskan di sini untuk membantu menangani isu kekurangan bekalan air bersih.

“Kemudahan ini dilengkapi dengan pam air, sistem perpaipan dan penapisan air untuk membolehkan 200 penghuni di sini mendapat akses kepada bekalan air yang bersih,” katanya pada Program ‘Water For Life’ di Kampung Simpang Tiga, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Dalam pada itu, Syed Zainal Abidin berkata, pada masa yang sama, program ini turut memupuk kepentingan pemuliharaan air dalam memastikan kelestariannya.

“Di samping itu, program kesedaran juga dijalankan untuk mendidik penduduk mengenai pemulihan air dan risiko kesihatan yang berkaitan dengan penggunaan air yang tidak bersih,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×