KUALA LUMPUR 15 Mei – Semua pesalah yang dijatuhkan hukuman atas pelbagai kesalahan boleh mendapatkan pengampunan sama ada daripada Yang di-Pertuan Agong, ataupun Sultan atau Yang di-Pertua Negeri bagi setiap negeri mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Pesalah perlu melalui prosedur pengampunan dengan membuat permohonan atau menghantar petisyen kepada Lembaga Pengampunan membolehkan lembaga itu bersidang. Peguam Kanan Jenayah, Salim Bashir memberitahu, hanya Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Yang di-Pertua setiap negeri…










