Persidangan batal? - Utusan Malaysia

Persidangan batal?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 23 Mei – Presiden Donald Trump menegaskan bahawa per­sida­­­ngan antara beliau dan pe­mimpin Korea Utara, Kim Jo­ng-un di Singapura pada 12 Jun ini, ‘berkemungkinan besar’ ti­dak akan menjadi kenyataan.

Kenyataan Trump itu dibuat ketika tercetus kebimbangan Jong-un tidak akan menghentikan program nuklear di negaranya.

Keraguan Trump tentang per­­temuan itu disuarakan semasa pertemuannya dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in yang mengunjungi White House bagi mendesak Trump agar tidak melepaskan peluang tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jika persidangan tersebut dibatalkan atau gagal maka perkembangan itu merupakan tamparan hebat kepada penyokong Trump yang mengharap­kan persida­ngan tersebut sebagai kejayaan diplomatik terbesar dalam ke­pimpinan Trump selain kegagalan itu akan mengecewakan Presiden AS.

“Kemungkinan besar persidangan itu tidak akan berlaku tetapi tidak apa kerana ini tidak bermakna ia tidak akan berlaku dalam tempoh yang panjang cuma mungkin tidak menjadi kenyataan pada 12 Jun ini tetapi ada kemungkinan kami akan mengadakan persidangan tersebut,” katanya.

Menurut Trump, sama ada persidangan itu akan diadakan se­perti dijadualkan atau tidak, akan diputuskan ‘tidak lama lagi’.

“Korea Utara mempunyai peluang untuk menjadi negara yang hebat dan saya fikir mereka perlu merebut peluang ini,” kata Trump.

Setiausaha Negara AS, Mike Pom­peo kemudian memberitahu wartawan bahawa pentadbiran Trump masih lagi merancang persidangan pada 12 Jun ini tetapi enggan menjangkakan sama ada ia dilaksanakan atau sebaliknya.

Pada minggu lalu Korea Utara mengutuk latihan tentera udara bersama AS dengan Korea Selatan dan mengugut untuk menarik diri daripada persidangan itu.

Dalam pada itu, jurucakap kerajaan Korea Selatan membe­ritahu, Jae-in telah memaklumkan Trump agar tidak meragui kesediaan Korea Utara untuk menyertai persidangan itu.

Jae-in amat optimis tentang persidangan tersebut malah Pe­nasihat Keselamatan Kebang­saan Korea Selatan, Chung Eui-yong berkata, pemimpin itu percaya bahawa wujud ‘99.9 peratus’ peluang bagi persida­ngan itu diadakan seperti yang dirancang. –Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN