EDISI ketiga Piala Dunia pada 1938 berlangsung di Perancis pada 4-19 Jun dalam suasana kebimbangan berlakunya Perang Dunia Kedua, berbeza sama sekali dengan edisi pertama pada 1930 di Uruguay dan edisi kedua pada 1934 di Itali yang berlangsung dalam suasana aman dan damai. Bukan sahaja tegang kerana berada di ambang peperangan, kejohanan kali ini juga panas dengan penarikan diri Argentina dan juara pertama Uruguay yang marah kerana kejohanan itu berlangsung…










