Peranan polis bantuan tidak boleh diperlekeh - Utusan Malaysia

Peranan polis bantuan tidak boleh diperlekeh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA PADAWAN 25 Mei- Peranan polis bantuan dalam membantu tugas menjaga keamanan dan keselamatan negara tidak boleh diperlekehkan melalui sumbangan besar yang telah mereka lakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk S. Dev Kumar berkata, sebagai pengiktirafan kini peranan dikembangkan kepada agensi-agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat swasta.

“Polis bantuan berperanan sebagai ejen yang menghubungkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan masyarakat khasnya di agensi masing-masing.

“Sehubungan itu,fungsi dan peranan anggota polis bantuan tidak boleh diperlekeh dalam situasi masa kini,” katanya berucap dalam Majlis Tamat Kursus Asas Polis Bantuan Siri 1/2018 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini.

Seramai 69 pelatih berjaya menamatkan kursus selama sembilan minggu bermula 25 Mac hingga 26 Mei itu.

Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah (Koordinasi Sumber Sokongan) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Mazlan Kesah dan Komandan PULAPOL Sarawak, Datuk Azman Salim.

Menjelas lanjut, katanya, para pelatih diingatkan untuk memahami dengan jelas peranan dan tanggungjawab dimiliki yang tertakluk di bawah Akta Polis 1968.

“Saya ingin tekankan agar para pelatih menjaga penampilan semasa berpakaian seragam sama ada sedang menjalankan tugas di agensi atau berada di tempat awam.

“Berpakaian kemas dan segak adalah antara budaya PDRM yang harus djaga agar pasukan polis bantuan dipandang tinggi oleh masyarakat,”ujarnya.

Beliau juga berharap agar polis bantuan mengelakkan diri terjebak daripada sebarang gejala negatif seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, menagih dadah dan maksiat.

Turut diadakan ialah penyampaian sijil kepada pelatih terbaik iaitu Jusam Sikua daripada Jabatan Ketua Menteri serta Abram Linggi Philly dan Enderson Bob Temonggong yang masing-masing dari Samling Plantation Sdn. Bhd.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN