TAPAH 27 Mei – Lembaga Air Perak (LAP) sedang mengkaji mekanisme terbaik untuk melaksanakan penawaran air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya komited untuk melaksanakan perkara itu setelah perbincangan bersama LAP bagi memastikan ia dapat dinikmati oleh kumpulan sasar. “Kita dapati ada ruang luas yang mencukupi untuk kita laksanakan dan ada beberapa idea, namun kita…











