KUALA LUMPUR 12 Mei – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Sungai Choh, Bukit Beruntung, Hulu Selangor malam tadi.
Ketika kejadian kira-kira 11.50 malam itu, mangsa, D. Ananthan, 27, dalam perjalanan dari Bukit Beruntung ke Sungai Choh.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah memasuki lorong bertentangan dan merempuh lori di depannya.
“Mangsa meninggal di tempat kejadian dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
“Pemandu lori berumur 49 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Bak Phai, motosikal dan lori yang terlibat dalam kemalangan itu masing-masing remuk di bahagian hadapan.










