KUALA LUMPUR 17 Mei – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan melakukan sentuhan seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Sabtu lalu. Kamarulzaman Abd. Rashid, 48, didakwa melakukan sentuhan seksual secara fizikal ke atas murid tadika tersebut kira-kira pukul 7.30 malam, 12 Mei lalu di dalam sebuah van jenis Nissan Vanette berwarna putih di tepi jalan di Taman Pandan…










