Pengundi sokong keputusan Zainol Fadzi - Utusan Malaysia

Pengundi sokong keputusan Zainol Fadzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK 13 Mei – Pengundi di Sungai Manik menyokong keputusan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kawasan itu, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang menyokong Pakatan Harapan Perak demi kepentingan rakyat di kawasan ini.

Seorang penduduk, Abdul Halim Jalaini, 50, berkata, beliau percaya keputusan yang diambil Zainol Fadzi itu bagi memastikan rakyat Sungai Manik terus mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

Menurutnya, sebagai seorang bekas exco yang sudah berpengalaman dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat, sudah tentu keputusan yang dibuat Zainol Fadzi dipertimbang semasak-masaknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berpendapat keputusan Zainol dibuat demi kepentingan rakyat kerana senario politik yang sudah berubah selepas PRU-14 apabila kerajaan Pusat sudah berubah pentadbiran.

“Demi memastikan rakyat terus terbela, kerajaan negeri perlulah selari dengan pemerintah di Pusat. Keputusan Zainol juga menyelesaikan kemelut pembentukan kerajaan negeri,” katanya di sini hari ini.

Rijaludin Hashim, 53, yang mengenal sikap Zainol Fadzi sebagai seorang wakil rakyat yakin tindakan ADUN Sungai Manik itu tiada kepentingan peribadi.

Katanya, selama ini pun Zainol Fadzi sentiasa memberikan perhatian kepada rakyat di sini.

“Saya percaya beliau hanya mahu memastikan rakyat mendapat pembelaan yang sewajarnya kerana jika kerajaan negeri dan Pusat tidak selari, mungkin keadaannya berbeza,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×