KUALA LUMPUR 17 Mei – Majlis Penasihat Kerajaan berkemungkinan besar membuat pengumuman tentang bayaran tol seawal-awalnya minggu depan, kata Tan Sri Zeti Aktar Aziz. Zeti yang juga seorang daripada lima anggota Majlis itu berkata, mereka akan bermesyuarat sekali lagi dengan agensi berkaitan dan pihak berkepentingan minggu depan berhubung penstrukturan semula tol. Bagaimanapun bekas Gabenor Bank Negara itu berkata, beliau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai isu berkenaan hari ini sekalipun…










