KUALA LUMPUR 17 Mei – Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan langkah-langkah penguatkuasaan perlu diperketatkan bagi memastikan rakyat mendapat manfaat daripada pengurangan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada kadar sifar mulai 1 Jun ini. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, ini kerana keputusan kerajaan itu secara dasarnya akan menurunkan harga barang sedia ada dan pihak berkuasa perlu memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan dalam situasi berkenaan.…










