KUALA LUMPUR 21 Mei – Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) menggesa kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) supaya tidak melaksanakan pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. KAMAL SHUKRI ABDULLAH SANI Gesaan ini juga bertujuan untuk melindungi kelangsungan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini. Timbalan Presidennya Kamal Shukri Abdullah Sani berkata, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran sains dan matematik telah terbukti berjaya selama lebih 30 tahun.…










