GAZA CITY 29 Mei – Penduduk Palestin menaiki bot beramai-ramai dari Gaza bagi membantah sekatan yang dikenakan Israel dalam tindakan yang bakal meningkatkan ketegangan selepas kejadian serangan bom mortar ke Israel. Menurut penganjur, sebuah bot besar yang membawa 20 penduduk dengan diiringi sekumpulan bot kecil telah bertolak dari pelabuhan nelayan di sini. Walau bagaimanapun berlaku percanggahan kenyataan sama ada tindakan itu bertujuan memecah sekatan berkenaan yang hanya membenarkan mereka belayar…










