KUALA LUMPUR – Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini menegaskan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berkuat kuasa pada 1 April, 2015 adalah muktamad. “Ia (keputusan untuk memansuhkan) adalah muktamad dan usaha sedang dilakukan untuk merealisasikannya,” kata bekas gabenor bank pusat itu yang juga antara lima anggota Majlis Penasihat Kerajaan. Dua ahli majlis itu berada di Kementerian Kewangan pagi ini untuk membincangkan mengenai percukaian selain urusan mengenai ekonomi…









