KUALA LUMPUR 18 Mei – Pelantikan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat tidak mematuhi manifesto Pakatan Harapan yang mahu pengisian jawatan itu diputuskan di Parlimen. Exco Pemuda Pas, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, ini memandangkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) parti pemerintah itu sendiri mahu sesiapa yang bakal dilantik dalam jawatan tersebut ditapis terlebih dahulu di peringkat Parlimen. Beliau memandang berat…










