BENTONG 10 Mei – Pelantikan dan pemilihan jawatan Menteri Besar akan dilakukan selepas mendapat perkenan daripada istana Pahang dalam masa terdekat setelah Barisan Nasional (BN) negeri kembali diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Adnan Yaakob Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, jawatan tersebut ditentukan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. “Terpulang kepada pihak istana…










