AS patut tangkap Benjamin Netanyahu juga

AS patut tangkap Benjamin Netanyahu juga

MAHKAMAH Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang yang dilakukannya terhadap rakyat Palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELARAS dengan perkembangan semasa terhadap isu penahanan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro oleh pasukan khas dari Amerika Syarikat (AS), tindakan serupa juga perlu diambil terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu atas jenayah perang yang dilakukannya terhadap rakyat Palestin.

Memandangkan AS kini bersemangat untuk menjadi polis dunia dan menguatkuasakan undang–undang secara sendiri dengan mengunakan kuasa tentera mereka, tindakan undang-undang yang sama juga harus diambil terhadap Netanyahu atas dakwaan jenayah perang yang sedang dihadapinya.

Pada 21 November 2024, berikutan penyiasatan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, pihak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap untuk dua pegawai kanan Israel iaitu Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, dan Yoav Gallant, bekas Menteri

Pertahanan Israel, atas dakwaan jenayah perang yang telah dilakukan oleh mereka terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Waran yang dikeluarkan oleh pihak ICC terhadap Netanyahu adalah yang pertama dikeluarkan terhadap pemimpin dari negara Barat.

Kesemua 125 negara anggota ICC, termasuk Perancis dan United Kingdom, dikehendaki menangkap Netanyahu dan Gallant jika mereka memasuki wilayah negeri itu.

AS, sebagai kuasa ketenteraan terbesar di dunia harus menggunakan semua aset ketenteraannya untuk menguatkuasakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh ICC terhadap Netanyahu dan semua sekutu jenayah perangnya.

Netanyahu dan semua sekutu jenayah perangnya harus dihantar ke ICC di Hague, Belanda dan dibicarakan. Dengan melakukan ini, AS akan dihormati oleh dunia kerana bersikap adil, saksama dan tidak berat sebelah.

Sekiranya tidak, AS akan dilihat sebagai pilih kasih dan tidak adil. –UTUSAN

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Fakulti Syariah & Undang–Undang (FSU),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN