TELUK INTAN – Seorang pekerja penyelenggara direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tiga beradik yang maut akibat ditetak dengan parang di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh di Bagan Datuk dekat sini semalam. Suspek berusia 35 tahun itu direman seminggu sehingga 24 Mei ini dan perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Syahdatul Kamila Zakaria di Mahkamah Majistret Teluk Intan di sini hari ini. Terdahulu, suspek yang tiba kira-kira…










