TELUK INTAN 30 Mei – Seorang pekerja penyelenggara dihadapkan di dua buah Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk menetak sehingga mati tiga beradik dalam kejadian di Kampung Sungai Haji Muhammad di Selekoh, Bagan Datuk, dua minggu lalu. Shahrul Pitri Jusoh, 35, yang memakai baju lokap jingga tidak menunjukkan sebarang emosi ketika prosiding kesemua kes berlangsung bermula kira-kira pukul 10 pagi di hadapan Majistret Syahdatul Kamila Zakaria…










