KUALA LUMPUR 21 Mei – Peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Harpal Singh Grewal dilihat meninggalkan kediaman bekas pemimpin tersebut di Jalan Langgak Duta, dekat sini kira-kira pukul 10.40 malam tadi. Sebelum itu, Harpal tiba di kediaman berkenaan kira-kira pukul 5.30 petang dipercayai untuk membuat perbincangan berhubung arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memanggil Najib datang memberi keterangan di Putrajaya esok. Harpal bagaimanapun meninggalkan kediaman berkenaan tanpa memberikan sebarang kenyataan kepada media. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya