Pegawai kanan dan pemimpin kerajaan terima panggilan misteri - Utusan Malaysia

Pegawai kanan dan pemimpin kerajaan terima panggilan misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap panggilan misteri dari luar negara yang diterima beberapa pegawai kanan kerajaan sejak awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, beliau sendiri turut menerima puluhan panggilan daripada nombor tidak dikenali sejak pukul 5 pagi hari ini.

“Saya percaya itu tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan mengganggu kelancaran komunikasi antara pegawai kanan kerajaan yang terbabit dalam pemantauan proses mengundi pada hari ini.

“Jadi saya sudah arahkan supaya siasatan dijalankan bagi mengenal pasti individu yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke Parlimen Lembah Pantai di Sekolah Rendah Kebangsaan Bangsar di sini hari ini.

Difahamkan, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara dan beberapa menteri dilaporkan menerima panggilan misteri daripada nombor luar negara serta angka tertentu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×