KUALA LUMPUR 15 Mei – PAN Perak sentiasa mengalu-alukan sesiapa yang ingin turut serta bersama parti itu dalam membina semula negara melalui Pakatan Harapan. Naib Pengerusinya, Dr. Muhaimin Sulam berkata, namun demikian, kemasukan beramai-ramai itu tidak boleh sehingga menjadi seperti tikus membaiki labu. “PAN adalah sebuah parti yang peduli tentang nasib rakyat jelata daripada perangkap kemiskinan dan kemunduran. Jangan seorang kenyang, seribu kelaparan. “Inilah yang berlaku pada pemimpin-pemimpin lepas…










