JOHOR BAHRU – Seorang pemandu bas yang mendera seekor anjing baka Rottweiler peliharaannya di hadapan sebuah rumah di Taman Mount Austin pada tahun lalu dijatuhi hukuman denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam. JIN FONG Majistret Nur Sulehan Abd. Rahman memutuskan demikian setelah tertuduh, Goh Jin Fong, 52, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, Jin Fong didakwa dengan sewenang-wenangnya dan tanpa sebab telah melakukan sesuatu…











