LONDON – Kapten Brazil, Neymar terdesak untuk mengetuai negaranya memburu kejayaan di pentas Piala Dunia 2018 di Rusia bulan depan. Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), 26, itu semakin cergas selepas pulih daripada masalah patah kaki untuk menyertai Piala Dunia yang mempunyai kurang daripada sebulan sahaja lagi akan berlangsung. Justeru Neymar mendedahkan, dia bersemangat untuk membantu Brazil yang tampil sebagai salah satu pasukan pilihan bagi memenangi Piala Dunia pertama mereka sejak 2002.…










