PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sudah melepasi sasaran ditetapkan Kementerian Kewangan melalui pungutan semasa hasil negara dengan memperoleh RM73.27 bilion bagi tahun ini. Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, JKDM berjaya mencapai kutipan itu berdasarkan unjuran hasil semakan semula yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan pada 10 Oktober lalu. Menurutnya, sebagai makluman, pada awal tahun 2025, Kementerian Kewangan menetapkan unjuran sasaran hasil JKDM sebanyak RM67.25 bilion. …










