LISBON 18 Mei- Pengendali Portugal, Fernando Santos membuat keputusan mengetepikan Eder dan Nani, sebaliknya memilih pemain muda, Andre Silva dan Goncalo Guedes bagi mencipta gandingan bersama dengan pemain terbaik dunia Cristiano Ronaldo di bahagian serangan. Turut sama tidak disenaraikan dalam skuad 23 pemain adalah Andre Gomes, yang mengalami nasib sama seperti Eder dan Nani walaupun mereka merupakan nama besar dalam skuad Portugal. Ketiga-tiga pemain ini adalah antara tonggak yang membantu Portugal muncul juara di Euro 2016, di mana Eder menjadi wira dalam aksi final dengan menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya