TIDAK dinafikan, gandingan Alif Satar dan Siti Nordiana buat pertama kali menerusi drama Dia Semanis Honey pada tahun 2016 mencipta fenomena tersendiri sehingga naskhah tersebut terpaksa dilanjutkan tayangan sebanyak lima episod dengan judul Dia Semanis Honeymoon. Tidak terhenti di situ, kehangatan keserasian dan keletah watak Ahnaf Wafi lakonan Alif dan Hani Safira (Siti Nordiana atau Nana) berlanjutan dengan penyiaran Dia Semanis Honey Raya. Pencapaian paling besar yang diraih drama tersebut…










