Najib jadi tahanan politik dalam rumah? - Utusan Malaysia

Najib jadi tahanan politik dalam rumah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mac – Sepertimana rumah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diserbu pada 1998, kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula kini digeledah polis dengan cara yang tidak se­nangi rakyat.

Seorang rakan Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengambil masa lama menjalankan proses menggeledah serta pemeriksaan kediaman bekas Perdana Menteri itu yang bermula malam semalam.

Abdul Rahman Abdul Rahim, 65, memberitahu, beliau dihalang pihak polis sebaik tiba di sana sekali gus memberi gambaran ada unsur-unsur politik dalam penyia­satan kes tersebut.

“Jadi saya ingin bertanya de­ngan pihak polis berapa masa lagi yang akan diambil dalam menjalankan siasatan kerana proses itu telah bermula sejak semalam.

“Saya datang untuk menziarahi beliau, itu sahaja. Dengan keadaan seperti ini saya melihat adakah Najib ini seolah-olah menjadi tahanan politik dalam rumah?,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, proses pencarian dokumen dan bahan bukti yang dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman masih dilakukan di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta di sini.

Proses tersebut bermula apabila sepasukan polis dengan menaiki lebih daripada 10 buah kereta beserta sebuah trak tiba di rumah Najib sekitar pukul 10.15 malam tadi.

Kediaman Najib kemudiannya digeladah selama kira-kira 30 minit selepas beliau pulang daripada menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru di sini semalam.

Selain kediaman di Jalan Langgak Duta, polis turut melakukan penggeledahan di empat lokasi lain iaitu di Seri Perdana, Menara Pavilion A dan B serta Pejabat Perdana Menteri

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi mengesahkan beliau masih berada dalam kediaman Ahli Parlimen Pekan, Pahang itu bagi melakukan pemeriksaan.

“Ya saya bersama pasukan berada di dalam kediaman beliau (Najib) dan saya tidak boleh me­ng­u­­las lebih lanjut,” katanya.

Dalam pada itu tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa kenderaan milik orang kenamaan dilihat keluar masuk menghala ke kediaman bekas Presiden UMNO tersebut

Antara yang dilihat Ahli Parlimen Padang Rengas, Perak, Datuk Seri Nazri Aziz selain peguam, Harpal Singh Grewal dan anak bekas Perdana Menteri itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×