Najib hadir beri keterangan kali kedua di SPRM - Utusan Malaysia

Najib hadir beri keterangan kali kedua di SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 9.45 pagi tadi.

Najib, hadir ke SPRM adalah untuk memberikan keterangan berhubung siasatan skandal penyelewengan dalam SRC International Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Najib tiba menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna putih.

Pada 18 Mei lalu, SPRM telah menyerahkan notis kepada Ahli Parlimen Pekan itu agar hadir ke pejabat suruhanjaya berkenaan untuk merakam keterangan.

Kehadiran Najib hari ini adalah kali kedua selepas memberi keterangan kali pertama pada Selasa lepas selama lima jam. 

Selepas memberi keterangan tersebut, Najib mengesahkan beliau akan hadir semula ke SPRM untuk memberi keterangan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN