Najib diminta hadir ke pejabat SPRM Selasa depan - Utusan Malaysia

Najib diminta hadir ke pejabat SPRM Selasa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung skandal SRC International.

Satu sumber berkata, beliau diminta tampil Selasa depan bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International.

“Sepasukan pegawai SPRM telah menghantar satu notis yang memerintahkan beliau (Najib) hadir ke pejabat SPRM.

“Setakat ini, beliau diminta hadir Selasa depan untuk kita merakamkan keterangan berhubung SRC International,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Pada 26 Januari lalu, Kosmo! melaporkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Tambah sumber tersebut, satu kertas siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dan dua kertas siasatan berkaitan SRC International akan dikembalikan kepada pihak SPRM hari ini.

“Pada hari ini, kertas siasatan yang berkaitan akan dikembalikan kepada SPRM dengan arahan supaya ketiga-tiga kertas siasatan tersebut ditutup,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×