PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi keterangan sekali lagi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd pada Khamis ini. Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, mengesahkan perkara itu selepas hadir memberi keterangan lebih lima jam di ibu pejabat SPRM di sini, hari ini. Beliau berkata proses merekod keterangan hari ini mengambil masa antara 10 pagi hingga 2.15 petang.…










