Mural Tun M jadi tarikan ramai - Utusan Malaysia

Mural Tun M jadi tarikan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang melalui Jalan Orkid 7 di Taman Orkid, Cheras di sini begitu teruja apabila melihat sebahagian dinding di sepanjang laluan tersebut dihiasi de­ngan lukisan mural wajah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Lukisan yang berada di laluan utama penduduk di situ merupakan hasil seni seorang pesara swasta, Lee Kon Sang, 57, yang diusahakan sejak awal April lalu.

Katanya, dia mendapat ilham untuk menghasilkan lukisan tersebut daripada mural Heri­tage Row yang sangat terkenal di Pulau Pinang.

“Saya sangat mengagumi kepimpinan Tun Mahathir sepanjang perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri. Pada mulanya, saya hanya melukis enam keping gambar Tun Mahathir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berlangsung kerana saya menghormati setiap perjuangan yang dilakukan oleh beliau.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN