ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir mahu penjawat awam kerajaan negeri agar bersama membantu beliau dalam mewujudkan sebuah Kedah Baharu, selaras dengan semangat Malaysia Baharu di peringkat persekutuan. Beliau berkata, ini bertepatan dengan harapan dan impian rakyat untuk melihat perubahan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. “Menjadi menteri besar sebanyak dua kali memberikan saya satu perspektif yang lebih menyeluruh mengenai keikhlasan dan kesetiaan warga pentadbir…










