Muhyiddin mahu Kabinet dibentuk dengan cepat supaya Pakatan Harapan mula berkhidmat untuk rakyat - Utusan Malaysia

Muhyiddin mahu Kabinet dibentuk dengan cepat supaya Pakatan Harapan mula berkhidmat untuk rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu supaya proses pembentukan Kabinet dan jemaah menteri dipercepatkan bagi membolehkan kerajaan Pakatan Harapan mula bekerja untuk rakyat.

Jelas beliau, Pakatan Harapan telah mendapat mandat yang besar daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

“Bagi saya amat penting proses pembentukan kerajaan dan jemaah menteri disegerakan kerana kita hendak mula bekerja kerana kita telah menerima mandat yang besar dan harapan rakyat begitu tinggi dan mereka ingin melihat sama ada kerajaan ini kerajaan yang betul-betul bekerja atau bagaimana.

“(Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir sudah mulakan lebih awal jadi sebab itu untuk selesaikan ini kita perlu segerakan proses menamakan bakal jemaah menteri yang akan diumumkan nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menemui Perdana Menteri di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Pada pertemuan tersebut, Muhyiddin telah bertemu dengan Perdana Menteri bertujuan untuk mengemukakan senarai cadangan daripada PPBM untuk dipertimbangkan menyertai Kabinet sebagai menteri dan timbalan menteri.

“PPBM mempunyai seramai 13 Ahli Parlimen dan tolak Tun Dr. Mahathir, saya sendiri dan Mukhriz jadi jumlahnya terbesar tetapi apapun dikehendaki Perdana Menteri, kita telah kemukakan dan kita serah kepada kebijaksanaan beliau untuk pertimbangkan supaya perwakilan PPBM dalam kerajaan berperanan.

“Soal kementerian mana, kita sudah cadangkan dan serah kepada Tun Dr. Mahathir dan keputusan yang bakal dibuat nanti kita akan terima sajalah,” jelas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×