KUALA LUMPUR 19 Mei – Warga netizen ditegur supaya memelihara kemuliaan bulan Ramadan dengan tidak berkongsi perkara-perkara yang boleh mengaibkan orang lain dan mengeluarkan perkataan yang tidak baik terutama melibatkan kes siasatan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, ini kerana beliau mendapati di laman-laman sosial seperti Facebook, orang ramai tidak segan silu mengeluarkan kata-kata…










