KUALA LUMPUR 31 Mei – Malaysian Relief Agency (MRA) hari ini meneruskan misi bantuan terhadap mangsa banjir di beberapa kawasan terjejas di sekitar Kulim, Kedah. Presidennya, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, disebabkan keadaan banjir yang semakin teruk, penduduk di Kulim terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan. “Sehingga kelmarin, dianggarkan hampir 139 keluarga didapati masih mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan sementara yang disediakan oleh pihak berkuasa…