KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal terus berteka-teki mengenai status pelantikannya sebagai Ketua Menteri Sabah yang dijangka mengangkat sumpah malam ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senalang itu bagaimanapun, mengukirkan senyuman tatkala menerima ucapan tahniah daripada pengamal media. “Saya tidak memakai baju angkat sumpah pun…lagipun saya mahu mengadakan mesyuarat seketika,” katanya ringkas ketika keluar dari kediamannya kira-kira pukul 12 tengah hari di sini…










